Broadcast Yourself! 2008
sent on 11:30:14 AM Friday, 5 September, 2008
downloaded as MMS: 26 times

Keinsafan Mawi di Bumi Anbia & Fouziah Gous, aktres/model baru.Apa saja berkenaan penyanyi popular ini, pastinya isu 'kahwin' yang dilihat lebih menyerlah di dalam kehidupan Asmawi Ani atau Mawi tatkala ini, berbanding dengan kariernya sendiri. Riak wajah Mawi terus bertukar kepada serius apabila soalan sama diajukan kepada kekasih hati Nora’Ashikin Rahmad atau Ekin ini.Jangan lupa saksikan program Mawi di Bumi Anbia di Astro Oasis (saluran 106) yang disiarkan mulai 1 September lalu, setiap Isnin, Selasa dan Rabu, pukul 3.30 petang.

Bagi kebanyakan artis, kedatangan Ramadan biasanya digunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk berehat dari sebarang aktiviti seni, melainkan jika ada undangan berbuka puasa, rakaman program tertentu atau pun sesi fotografi.Namun berbeza dengan bintang muda yang semakin meningkat naik ini. Bagi pemilik nama Fouziah Gous ini, selagi ada tawaran berlakon yang singgah, seboleh mungkin dia akan cuba mengaut peluang yang ada selagi termampu.Bukan bersifat tamak, namun bagi aktres dan model berusia 26 tahun ini, dia tidak mahu menolak rezeki sementara bakatnya masih dihargai dan dirinya sendiri berkemampuan untuk melakukannya.

Fouziah juga ketika ini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 60 episod Sutera Maya yang telah mula disiarkan di slot Akasia di TV3 pada 1 September lalu.Memegang watak sebagai wanita pendendam bernama Kiki, kata Fouziah, watak tersebut disifatkannya agak 'misteri' yang cukup berbeza dengan watak-watak yang pernah dibawanya sebelum ini.

Follow


To receive GOSIP's messages on your mobile phone:
Type ON GOSIP
Maxis/Hotlink: SMS to 22700
DiGi: SMS to 36400

Invite


To invite GOSIP to follow you:
Type INVITE GOSIP
Maxis/Hotlink: SMS to 22700
DiGi: SMS to 36400