Broadcast Yourself! 2008
sent on 5:04:53 PM Wednesday, 3 September, 2008
downloaded as MMS: 13 times

Siapakah Norfaezah Elai, pelakon muda dan jelita yang semakin popular kini?Wajah pelakon muda Norfaezah Elai atau lebih mesra disapa Faezah ini semakin mula mencuri perhatian penonton menerusi drama-drama lakonannya. Pelakon, pengacara dan model berusia 25 tahun ini mula rancak menerima pelbagai tawaran berlakon.Terbaru, pelakon yang pernah membintangi siri drama Enigma ini muncul di dalam drama bersiri 60 episod, Sutera Maya yang telah mula disiarkan di slot Akasia di TV3 pada 1 September lalu.

Sebelum ini pelakon yang terkenal melalui drama bersiri dan filem Dunia Baru iaitu Anita Baharom biasanya ditawarkan watak seorang remaja yang berperangai manja dan ‘gila-gila’.Namun, berlainan pula dalam drama bersiri Lima apabila dia ditawarkan watak seorang yang serius dan tidak mengambil tahu perasaan orang lain.Saksikan Nita dalm drama bersiri Lima pada setiap hari Isnin hingga Rabu, pukul 5 petang di Astro Ria!

Melihat wajah pengacara cantik manis Nor Iesyatirradiah Sunny Toh yang lebih dikenali melalui rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM1, mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah lelaki yang sedang bertakhta di hatinya sekarang.Pengacara berusia 24 tahun ini pada mulanya sukar untuk menceritakan soal teman lelaki kerana dia sendiri mengakui belum berpunya.Namun, setelah cuba 'dirisik-risik' akhirnya Iesya membuka mulut yang dia sedang mengenali hati budi seseorang yang bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Malaysia (MAS).

Follow


To receive GOSIP's messages on your mobile phone:
Type ON GOSIP
Maxis/Hotlink: SMS to 22700
DiGi: SMS to 36400

Invite


To invite GOSIP to follow you:
Type INVITE GOSIP
Maxis/Hotlink: SMS to 22700
DiGi: SMS to 36400