Aset Siti Nurhaliza belum sampai RM50 juta & Sheila Abdull tidak kurang popular.No.1 Lagu single nyanyiannya, Mungkinkah, sudah lama kerap diputar di stesen-stesen radion tempatan. Ternyata lagu ciptaan mentornya, Adnan Abu Hassan itu berjaya memberi tuah buat pemilik nama Nursheila Abdullah atau nama komersialnya, Sheila Abdull.
No.2 Dari situ, penyanyi kelahiran Johor ini mengutip serba-sedikit ilmu nyanyian sehinggalah dia menjuarai pertandingan Suara Bintang Adnan Abu Hassan bahagian zon selatan yang dianjurkan oleh komposer tersohor itu pada tahun 2006 dan akhirnya berpeluang merakamkan single serta diambil menjadi artis rakaman SRD Villa Records milik Adnan sendiri.
No.3 Bukanlah satu perkara yang mengejutkan apabila ramai yang baru-baru ini memperkatakan tentang nilai aset penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang dilaporkan mencecah RM50 juta dan tersenarai antara tiga artis terkaya di Asia Tenggara.
No.4 Tidak tahulah dari mana sumber tersebut diperolehi seperti yang dilaporkan menerusi laman web MTV Asia Awards itu. Namun begitu, melihat kepada pencapaian penyanyi ini sepanjang lebih 10 tahun bergelar artis, tidak mustahil Siti mampu mengumpul aset sebanyak itu.
No.5 Diajukan soalan itu ketika ditemui pada rakaman program Eksklusif Bersama Peminat di RTM baru-baru ini, diva berusia 29 tahun ini hanya tersenyum sambil menjawab:"Tidaklah sampai RM50 juta lagi seperti yang dilaporkan laman web tersebut. Tapi, saya berdoa biarlah masin mulut orang yang berkata begitu supaya saya boleh sampai ke tahap itu. Sehingga hari ini saya masih berusaha untuk dapatkan lebih pendapatan. Ada juga perancangan-perancangan lain sebagai back-up untuk masa depan. Tapi, RM50 juta tu tak betul lah..," kata isteri kepada ahli peniagaan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa atau Datuk K ini, ringkas.


