Gosip panas tentang Farah Asyikin dan Marsha Milan Londoh.No.1 Penyanyi Farah Asyikin sebelum ini digemparkan dengan kisah cerainya setelah mengikat tali perkahwinan hampir setahun bersama bekas suaminya, Dr. Fariz Yahya. Kini, namanya kembali menjadi perhatian apabila diumumkan sebagai duta jam tangan Roscani. Sebelum ini, ramai yang mengatakan Mark (penyanyi kelahiran One In A Million) sebagai punca keretakan rumahtangga Farah dan Fariz.
Sudah tiga tahun karier seninya diuruskan oleh Maestro Talent & Management Sdn. Bhd, kini kontrak Marsha Milan Londoh atau Marsha, gadis berusia 22 tahun ini akan berakhir dengan syarikat pengurusan tersebut. Gadis ini juga baru saja tamat menjalani penggambaran drama bersiri Mega Sekeping Hati yang bakal disiarkan di saluran RTM kelak. Turut menjayakan drama tersebut ialah Diya AF5 dan Maria Farida.


