Tiga berita terkini tentang Farahdhiya, Fauziah Latif dan Zizan Din. No.1 Ramai yang memberi tanggapan negatif apabila melihat wajah penyanyi dan pelakon Farahdhiya Mohamed Amir, 24 ini. Dia pernah dikatakan sombong, serius dan sebagainya. Saksikan Farahdhiya, Eira Syazira, Zizan Nin dan ramai lagi dalam drama bersiri Slot Lestary, Kumilikmu di TV3 mulai 5 Ogos, setiap Selasa, pukul 9 malam.
No.2 Sepanjang lebih 20 tahun mengabdikan diri di dalam bidang hiburan, dirinya memang selesa memberikan tumpuan yang penuh sebagai seorang penyanyi. Meskipun banyak tawaran berlakon yang singgah, Fauziah Latiff, 37 yang mesra disapa Jee ini pasti akan menolak dengan alasan dirinya belum bersedia untuk terjun di dalam bidang tersebut.
No.3 Minat membaca sudah lama bercambah di dalam sanubari pelakon kacak Zizan Nin. Peluang untuk turut serta dalan satu karnival Membaca Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Pelancaran Idola Membaca yang berlangsung di sebuah auditorium di sana tidak disia-siakan.


