Memey si Mahsuri moden dan Hans Isaac dedah status 'cinta'. 1. Suhaiza Suhaimi atau lebih mesra disapa Memey tidak pernah menyangka meskipun baru setahun berjinak-jinak di dalam bidang lakonan ini, dia sudah mampu 'bergerak' pantas. Memey merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama bersiri 12 episod, Lara Rindu Mahsuri di samping pelakon-pelakon hebat lain iaitu Norish Karman, Eman Manan, Sherry Ibrahim dan Kartina Aziz.
2. Pelakon popular Hans Isaac yang semakin dikenali sebagai produser filem dan drama TV, kini nampaknya semakin terbuka untuk bercakap tentang cinta. Sebelum ini, mungkin beliau boleh berdiam diri apabila digosipkan dengan rakan-rakan artis yang kadangkalanya menjadi teman rapat jejaka berusia 36 tahun ini.


